MUKADIMAH

Faculty of Business @ Universiti Selangor

Wednesday, December 12, 2012

Final Examination Semester 3/12/34



PFD 2113 PRINCIPLES OF FINANCIAL MANAGEMENT

Tarikh : 17 DISEMBER 2012 (ISNIN)
Masa : 2.30 PM - 5.30 PM
Tempat : LT 2

 
PMD 1313 PRINCIPLES OF MANAGEMENT


Tarikh : 21 DISEMBER 2012 (JUMAAT)
Masa : 3.00 PM - 6.00 PM
Tempat : Dewan Pro Canselor

Sunday, September 30, 2012

Kini Tiga Tahun




1 Oktober 2012 - Hari ini genaplah 3 tahun saya mencurahkan bakti dan tenaga di Universiti Selangor (UNISEL). Tarikh keramat ini merupakan antara tarikh yang paling bermakna dalam hidupku di mana kehidupanku sebagai seorang mahasiswa Bachelor of Finance (Hons) di UNISEL bertukar menjadi seorang kakitangan akademik di Fakulti Perniagaan UNISEL. Banyak kenangan suka dan duka menghiasi perjalanan saya sepanjang tiga tahun bergelar seorang pendidik. Jujur saya katakan ianya penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang tetapi alhamdulillah saya berjaya mengharunginya dengan baik. Pengalaman yang saya perolehi telah banyak mengajar saya untuk berusaha menjadi dan memberikan yang terbaik. Ucapan penghargaan "Terima Kasih" daripada para pelajar umpama satu hadiah istimewa buat saya. Para pelajar sudah dianggap seperti seorang adik yang perlukan bimbingan dan panduan daripada insan yang lebih dewasa dalam menempuhi kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik anak bangsa supaya mencipta kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Rasa bangga apabila melihat anak-anak didik berjalan megah di atas pentas untuk menerima skrol masing-masing pada hari konvokesyen. Terima kasih juga buat semua rakan sekerja yang banyak memberikan nasihat dan panduan dalam menempuhi hidup sebagai seorang pendidik. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas semua jasa baik yang telah dicurahkan kepada saya. 

Friday, September 21, 2012

Announcement - Test 1


Perhatian kepada semua pelajar PMD 1313 Principles of Management – Group 1, Group 2 dan Group 3 serta PFD 2113 Principles of Financial Management. Test 1 akan diadakan seperti yang berikut :-

  Tarikh : 5 Oktober 2012 (Jumaat)

Masa : 8.00 PM - 10.00 PM

Tempat : Multi Purpose Hall

  
Sila pastikan anda berada di tempat peperiksaan sebelum 7.45 PM untuk tujuan “seating arrangement”. Diharapkan semua pelajar sudah membuat persiapan yang secukupnya bagi menghadapi peperiksaan ini. Harap maklum.

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri 1433H



Di  kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada anda semua yang mengenali diri saya. Sekiranya terdapat salah dan silap sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang perkenalan kita, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Diharapkan Aidilfitri tahun ini memberi 1001 keindahan dan keberkatan  buat kita semua.

Salam Aidilfitri daripada saya, IKRAM MUZAMMIL … Maaf Zahir dan Batin…

Monday, August 6, 2012

Text Books for Semester 3/12/34

PMD 1313 PRINCIPLES OF MANAGEMENT


PRICE : RM 60.00

PFD 2113 PRINCIPLES OF FINANCIAL MANAGEMENT


PRICE : RM 76.00

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433 H


Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1433 H yang akan bermula pada 21 Julai 2012 kepada semua student. Semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini memberikan keberkatan yang berlipat ganda kepada kita semua melalui amalan-amalan yang dilakukan.

Sunday, March 25, 2012

Good Luck - Final Examination Semester 2/2011/2012


Buat semua students yang saya sayangi, saya ingin mengucapkan "Good Luck" kepada anda semua yang bakal menempuhi Final Examination Semester 2/2011/2012 yang bermula pada 26 Mac 2012. Semoga anda semua berjaya menjawab semua soalan dengan tenang dan jayanya. Saya sentiasa doakan kejayaan setiap student saya dan semoga anda semua memperoleh keputusan yang cemerlang nanti. All the best buat semua student kesayangan saya. Insyaallah kejayaan akan menjadi milik anda semua

Saturday, January 28, 2012

Mid Term Test and Test 1


Perhatian kepada semua pelajar POD 3123 Entrepreneurship dan PMD 1313 Principles of Management. Mid-Term Test (POD 3123) dan Test 1 (PMD 1313) akan diadakan seperti yang berikut :-



Tarikh : 1 Februari 2012 (Rabu)

Masa : 8.00 PM - 10.00 PM

Tempat : Multi Purpose Hall



Diharapkan semua pelajar sudah membuat persiapan yang secukupnya sepanjang cuti pertengahan semester   yang lepas. Harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...